Ok, dearest blog. Aku nak merepek kali ni.
So, HP6 takde la best sangat. Was hoping cerita dia magnificent macam pertama kali tengok tapi end up kecewa (sikit la) sebab aku taktau apa jadi, takde explanation takde pape tiba tiba tup! I'm the Half Blood Prince, si Snape bangang tu kata. Waiiiii?! Mula-mula ak ingat buku potions tu antara 7 horcrux tu ke ape ke kan, tetiba buku tu rupanya Snape punya. Macam.....????? Ok la, misteri you think? Fine, ak bole accept. Tapi kenapa pulak kematian si Dumbledore hanya disambut dengan diorang² tu salut angkat wand ke langit je? Takde ke orang yang sanggup sacrifice diri diorang nak selamatkan si pengetua? Takpun, si Harry terjun bawah sekali ke? Dia kan orang kuat sekolah tu, headmaster la katakan. Tapi kematian dia, cam semua orang blank. Dah la usaha dia sia-sia je nak dapatkan loket jahanam tu, tengok-tengok f.a.k.e! Wha....?!!!!!! Aku harap citer tu x berhenti kat situ, sebab aku tringin sangat nak tau cane diorang leh dptkan the rest of the horcrux. To be continued...
Demam aku terbaik! Isnin lepas selesema je. Selasa dah mula batuk. Rabu, Khamis dan Jumaat batuk kering, tekak sakit, tambah dgn sesema yang mcm hidup segan mati tak mahu dan juga suara aku yang "merdu" korang patut dengar aku nyanyi karoke jamban tau. Sumpah kalau masuk af dah dpt afundi tertinggi, perasan x? Tapi hari ni cam pelik skit, sbb ak batuk diiringi sakit perut. Apa kena? Tak pasti. Ubat batuk ade, tp itula lom gi klinik lg. Nak cari nahas ke aku ni? Harap² tak la, sebab aku ada byk ASSignment x siap lg neh. Da byk kali juga tuang kelas. Kejap sakit kejap baik, paling kurang pun ngantuk terlebur atas katil tu. Eloklah, dengan jerebu lagi. Terima kasih, Indonesia.
Oh, tolonglah time-time mcm ni jgn ada hal dtg mencari. Kalau ak ckp taknak tu, jgnlah trlampau amik hati. Tak semua orang boleh penuhi kehendak kita tu. Kita kadang tak tahu entah entah orang tu tgh sibuk buat kerja ke, tak tido mlm ke, dia pengsan dlm bilik belum mkn lg ke, atau dia tgh sibuk menyiang tauge mak dia suruh ke ape ke kan. Yang kita ni pulak tahu nak panas hati, nyumpah nyumpah, marah marah je; padahal kt ni tak tahu menahu yang dia dah siap 3 guni siang tauge. Tah-tah dah lulus sembelih ayam, siapa tahu? Tolonglah understanding sikit beb, tak semua org buat hal sama time macam orang lain. Aku harap kau faham, kita masing² dah besar. Takkan nak kena cubit pulas pulas, rotan sampai lebam, kene marah sampai mulut berbuih darah baru nak understanding kan. (Post ini berunsur jenaka ya, jangan tumbuk sy pulak nnt~)
Walhal saya di sini pula, tengah dilema samada nak buat kerja ataupun layan mespes/fesbuk? Erm, rasanya kalau buat dua² pun boleh kan? Siap pasang lagu, men game, dan sidai baju? Hey, orang tua dan cikgu dulu-dulu bkn ada ajar suruh fokus ke, Sarah?!
Errr, ..... ada,
kut? kut? kut?
Huwaaa, ibu ayah aku dah marah² suh gi klinik tu. Kbye!

Aku baik-baik saja dengan keadaan rambut aku yang melitupi sebahagian penglihatan aku walaupun kiranya percubaan untuk melihat dengan baik gagal beberapa kali kerana kondisi ini. Akan tetapi, tidak sedemikian oleh ahli keluarga aku. Mereka LEMAS menyaksikan ahli keluarga mereka yang tidak punya mata, mengakibatkan sukar untuk berbicara kerana mata tidak kelihatan. Jadinya, tidak sesuailah jika mahu dikatakan tentang peribahasa melayu 'dari mata turun ke hati' tapi apakan daya, jika hidung yang lebih menyerlah sejak mata dah menyembunyikan dirinya di balik rerambut depan (remoih la bak kata orang kan)?
Sejurus itu, Ibu pun mengambil gunting. Di saat kejadian petang tempoh hari, mak aku tarik-tarik dan kemaskan tepi rambut aku setelah memotongnya.
Dia berkata, "Haaaa macam ni laaaa, biar
ago-go!"
---
Moral of the story -
JANGAN potong rambut di HB2 lagi!
Good old learning days are starting tomorrow.
I unpacked.
Great, let's get started.
Bosan?
Ya,
bosan tengok blog aku.
Sebab apa aku tak pasti tapi yang sememangnya aku dah takde semangat nak update blog panjang-panjang macam dulu. Ada saje benda nak diceritakan kalau nak diingat-ingat lah ye, seboleh-boleh hari-hari nak update. Nak kata life aku happening, huu-haa sana sini tak jugak. Biasa je, macam orang lain cuma gedik nak broadcast; itu aje lebih. Hahahax!
(Yelah Sarah, ko memang gedik pun!) Btw,
Forrest pun selamat dah jadi rama-rama.
Lily, bad news though; dia tak survive. Panjang kisahnya, dan tak berkesempatan pulak nak ambil gambar mereka. Takpelah, terbang bebas ya,
Forrest! RIP
Lily. Tisktisktisk.
Mungkin lepas ni aku nak tukar layout blog ke ape ke kan (ubah topik). Tengoklah, kalau gatal tangan ni nak pergi carik yang baru. Paling busuk pun, aku update tulis ayat sepatah je. Oh, di samping itu alhamdulillah aku dapat hostel. Terima kasih kepada berkat mulut mak aku yang kononnya friendly dan talkative agaknya, aku berhutang sama dia (Oh Ibu, kalau kamu membaca ini, aku mahu kamu tahu aku sayang padamu! =D). Tak cukup dengan
kes Incik Nawi, hati gusar mengingatkannya, bahaya oh tapi itulah; nak taknak aku kene relakan diri jugak la duduk HB. Adoila~ Ok dah la, membebel pulak la tangan aku ni kan (bukan mulut ye).
Oh ya, syiok pulak layan
fractals sekarang ni. Entah ape-ape aje, tapi seronoklah!

Ini aku gelarkan "
tekakkau" sebab nampak macam hasil-hasil korek tekak orang dan ada pulak urat-urat terjulur keluar tu. Tapi jap, mana peti suara? Nampak macam time warp/time stream/blackhole/etc la kut eh? Ok la, first attempt. Buruk!

Buntu aku cari tajuk untuk yang ini tapi rasanya nampak macam, err..
gasing? Super buruk.

Ini favourite aku, nampak macam soundwaves; mengingatkan aku kepada lagu-lagu dan
muzik!

Ceritanya bermula begini; pada suatu hari, ada seekor
ikan jaws menerjah ke depan muka anda seraya membaham kepala hingga terputus leher. Ok la, sea creature maybe? Nampak tak, nampak tak, nampak tak? Atau pun LIFE? Hahahax! Yes? No?
Baby. Takde perkataan lain dah. (Khas untuk Missyter kalau anda membaca post ini! XD)
Ok, nak sambung main lagi. Ciao!